As salam, hello readers...
Memiliki laman blog di alam maya memang menyeronokan apatah lagi bila tersenarai dalam ranking yang terbaik. Jika dilihat blog-blog yang ada diserata dunia, ranking ditentukan oleh beberapa faktor. Paling nyata bila disebut blog popular adalah kerana Alexa rankingnya.
Selain itu, Pagerank Google turut menjadi salah satu rujukan mereka yang terlibat dalam bidang pemasaran (marketing) untuk mengukur blog anda berada di tahap yang mana. Seterusnya, FeedBurner (RSS Feed) & Yahoo Back links juga memainkan peranan yang sama.
Apabila aku terjah 1 laman sesawang yang menyenaraikan blog paling mantap di Indonesia, aku ambil 4 yang terbaik daripada 100 yang terbaik. Berikut adalah blognya;
#1- dianarikasari blog
Pandang pertama terhadap pemilik blog- Blogger fashion! Menerapkan bahasa English sebagai perantara, Diana memiliki daya penarik yang baik kerana mempunyai pengikut di blognya hampir 13 ribu. Satu angka yang mengujakan setiap bloggers/readers yang datang berkunjung. Dunianya berlingkar mengenai fashion, sudah pasti memikat hati si gadis untuk mencubanya. Pagerank blog ini adalah PR5
Dianarikasari
#2- indonesiamatters
Tidak apa yang boleh banyak diperkatakan tentang blog ni. Korang baca sendiri kandungannya k? Semacam directory saja =) tetapi punyai PR6!
#3- budiputra blog
Bukan calang-calang blogger saudara budi ini kerana beliau merupakan blogger sepenuh masa menulis tentang teknologi terutama dalam gajet-gajet terkini dan juga online media. Pengalaman menulis di dalam blog seawal tahun 2002, selayaknya blog punyai PR5!
#4- glistersandblisters blog
Lagi blog tentang fashion. Nampaknya blogger fashion memonopoli blog-o-sphere di Indonesia. Blog yang dimiliki oleh GlistersBlisters pada awalnya hanya mengumpulkan material fashion yang di ilhamkan oleh Michelle's, tetapi terus melonjak sebagai sebuah blog yang menjadi rujukan pencinta fashion di Indonesia.
Glisters&Blisters
sumber: Google & blogs
enjoy!
1 comment:
Terima kasih dan salam kenal.
Tolong kunjungi balik web saya http://bahanalami87.blogspot.com/
Bahan alami
Post a Comment