As salam, hello readers...
Malam tadi bersama blogger nienashah berkesempatan untuk menjengah pawagam yang berdekatan untuk menyaksikan filem Melayu buah tangan terbaru dari Syamsul Yusoff iaitu Bohsia 2.
Sebelum aku pergi menyaksikan mana-mana filem, adalah wajib untuk aku mencari blog-blog yang review filem yang ditayangkan masa tayangan perdana. Sumber aku hanya blog, kerana blog lebih tulus dari media utama.
Untuk filem Bohsia 2, review 60/40. Maknanya 60% mengatakan filem ni best,cool dan mantap. Selebihnya mengatakan sebaliknya. So, aku decide nak pergi tengok even hati aku kuat mengatakan filem ni bukan jenis lawak-lawak, sure filem yang tension, sarat dengan watak bohsia-bohsia KL.
Harga tiket di TGV cinema AEON Bukit Tinggi agak kemahalan ye. RM14 hengget! Campur dengan popcorn+air mirinda strawberi RM9.90, dah berapa banyak aku spent? Almost RM23 hengget la kan? pufffff! Kalau tak seronok filem ni memang baling ngan popcorn ah.
Tepat jam 10 malam, masuk lah kami ke dalam pawagam. Boleh dikatakan seat kitorang yang agak kedepan. Seat G ok?! Seat belakang dah penuh. Boleh dikatakan FULL HOUSE malam tadi filem Bohsia 2 ni. Ok, aku dah pelik. Ni mesti bebudak sekolah yang ramai neh. Budak-budak rempit pon ramai gak, tapi pakaian dorang kemas.
Filem dimulai. Pembukaan agak slow sikit sebab nak related kan filem yang sebelumnya (Bohsia- Jalan Hitam). Salina Saibi yang memegang watak Amy di tempatkan di dalam Pusat Pemulihan sering dikacau oleh Mak Jah (Kak Rock). Kelakar betul lakonan Mak Jah. Dah tua-tua pun still nak rock-rock bagai.
Masuk part Zizan memang senak perut. Tak dinafikan, walaupun watak zizan agak kecil dibandingkan dengan yang lain (pelakon pembantu) tetapi dia bijak melakonkan watak Ejan (Bohjan+Rider Terengganu) seperti dia sang peneraju utama. Maaf cakap, lakonan Syamsul Yusoff masih "keras".
Watak Keting (lakonan Sofi Jikan) berada di tahap atau kelas yang tersendiri. Sebelum ni aku tengok lakonan Sofi Jikan di KL Gangster sama dari segi intonasi, cara bercakap. Itu sudah menjadi trend-mark Sofi. Khabarnya ada artis lain yang "meniru" gaya Sofi. Lu legend bro!
Apa yang aku perhatikan dalam filem ni, mesej yang ingin di sampaikan jelas kelihatan. Airmata keinsafan seorang bohsia (Salina Saibi) boleh ditafsirkan bagaimana orang yang telah rosak yang amat sangat sehingga membunuh bapa sendiri, masih ada ruang untuk memperbaiki diri tatkala diri telah tersedar kesilapan lalu. Penting mesej ni. Sila hayati.
Lagi satu, penggunaan ayat Al-Quran (sepotong ayat) dari surah Al-Baqarah 216;
"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
Apa related nya ayat ini dengan filem tersebut? mudah saja. Tak semestinya apa yang dilakukan walaupun seronok dan kita suka melakukannya seperti merempit, bawak bohsia tidur, ambil dadah, minum arak dan seumpamanya, itu baik untuk kita. Sebenarnya tidak. Dan begitulah juga sebaliknya.
Kerap ayat tadi di ulang pada babak-babak keinsafan. Yang duduk tengok wayang ni aku rasa mesti ada rasa "getar" dalam jiwa bila diusik dengan kalimah-kalmah suci. Nice!!. Berdakwah dalam filem satu cara terbaik mendidik penonton dan juga masyarakat.
Tak dinafikan penggunaan skrip yang bersahaja menarik minat penonton muda. Tetapi semalam ada 2-3 family bersama anak-anak gadis mereka menonton filem ini. Jika aku adalah ayah kepada anak-anak gadis tersebut, aku boleh mengatakan filem ini bagus! Bagus untuk mendidik anak gadis, jangan menjadi seperti Amy dalam watak Bohsia 2 ni.
Itu kalau aku lah. Tak tahu bagaimana family-family tadi mentafsirnya atau divert ke arah yang bagaimana.
Dan banyak lagi babak-babak yang best yang patut korang tengok. Nak aku tulis semuanya memang panjang berjela la pulak kan? Saksikan filem tersebut sementara masih ditayangkan di pawagam.
Jom layan gambar...
babak "rogol" oleh Kak Rock pada Amy. Nampak berus jamban tu? Haa, nak dirodok berus tu dalam anu Amy. PERGHHHHH...
babak relexkan penonton dengan nyayian Zizan yang... HAHA... korang g tengok lah ye. KELAKAR!
Babak sedih. Amy yang teringat akan dosa-dosa yang lepas...
HAHA! babak ni paling mantop! wakakakaka.. senak perot wehh gelak. 1 hall semalam gelak gila-gila...
Dah macam KL Gangster pulak aku rasa =_=..
Shiha-ing tak henggat.. set-up dalam rumah bohjan (Keting)
i LOVE this photo! lighting+compo= LAZAT!
sumber gambar: Skop Production FB
enjoy!
5 comments:
Berapa Bintang bro?
From 5?
HI:
secara peribadi, 4/5 untuk filem ni. Ambil pengajaran yang dibawa. Mana scene macam hanat, tolak siap2. Apa pon, enjoy watching!
dengar citer.. dua hari dah kutip 1 juta.. tul ke? wowowowowowwowowww
Tumpang tanya surah yg dibaca waktu part akhir syamsul di masjid tu apa yg nama nya?
Anon:
surah Al-Baqarah Ayat 216...
Post a Comment