Sunday, June 17, 2012

(Drama Melayu) Begitulah Sayang by shahroll



As salam, hello readers...


Semalam punya cerita. Drama Melayu untuk Hari Bapa (hari ini) yang diterbitkan oleh Excellent Pictures di TV3 slot cerekarama. Biasanya drama-drama ni aku kurang sket nak nonton, kalau tengok pon ala kadar je. Tapi untuk drama semalam yang berjudul "Begitulah Sayang" lakonan Zamarul Hisyam dan juga Norish Karman agak best lah.



Muka budak kat atas ni, adik aku kata macam adik Izara Aisyah. Aku tak perasan memula. 2 kali pandang, boleh la ada iras-iras Izara kan. Dah besar esok ada potensi jadi macam Izara jugak.

Masuk pada penceritaan yang dilakonkan. Watak Zamarul ni dia ala-ala penyabar sikit la dengan perangai bini dia ni (lakonan Norish Karman) yang mana dia ni anak Dato' (lakonan Mustafa Kamal). Disebabkan anak perempuan Dato' ni liar sangat (kaki clubing) maka dikahwinkan lah dorang ni jadi suami isteri.


Sebelum kahwin, bini dia dah mengandung anak luar nikah dah. Kira jadi "pak sanggup" la kan eh? Tapi sayang gila Zamarul dengan anak dia (walaupun bukan). Part paling best, Zamarul tak ajar anak dia benci kat mak dia. Tak ajar ok. Bersangka baik je lah sepanjang masa kiranya. Walaupun hakikatnya, mak sendiri pon tak tahan dengan perangai anak perempuannya tu.

Fokus masih lagi pada Zamarul. Bini dia ni halau suami dan anak perempuannya sehelai sepinggang. Sian. Namun, bestnya Zamarul cari kerja kasi anak dia makan, belanja sekolah walaupun kerja tak best mana pun. Station minyak, selalu bersyukur bila dapat nikmat (point pengajaran situ)


Satu hari, Zamarul dengan anaknya balik ke kampung. Nak tinggal di rumah peninggalan arwah bapanya. Nasib sekali lagi menyebelahi anak beranak tu bila Pak Ali (lakonan Abu Bakar Juah) menawarkan tempat tinggal di rumahnya kerana rumah yang mereka nak duduk tu dah terlalu usang. Tambahan lagi, bekalan eletrik dan air sudah lama dipotong.

Pak Ali ada mengusahakan warung makan dan ada anak gadis yang cantik. Tapi watak Zamarul ni tak gelojoh bila nampak gadis cantik lagi bertudung, cuma memerhati je lah anak dara Pak Ali tu. Last-last, anak Pak Ali naik syok dengan Zamarul. Adoyai~

Dari tak ada apa-apa, sampai akhirnya Zamarul ada kereta sendiri, rumah sendiri. Cool lah cerita ni, banyak bagi inspirasi kat aku. Orang lain aku tak tahu lah kan. Setakat tengok drama je. Setakat tengok. No point yang diambil dari cerita tersebut.

Ending dia? Norish Karman sakit pangkal rahim dan anak dia tak benci mak dia. END! kah kah kah! Ending dia spoil la. Cerita dah sedap, klimax dah ada penutup pulak spoiled.Tak pe, terjejas sikit, but overall cun!

enjoy!

2 comments:

Geng Borak said...

drama melayu.. begitulah.. :)

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Kid:

Drama Melayu yang INI lain sikit =)