Wednesday, April 18, 2012

[PANAS!!] Skandal daging lembu YB Selangor? Siapa? by shahroll



As salam, hello readers...


Sukar juga buat tajuk yang agak "memanas" ye? 2 jam aku fikir tajuk kat atas tu *ok, tipu*. Nak nak pulak skang memang tengah panas isu lembu-lembu ni kan. Ahaa! Korang berada di channel yang betul dah ni, seperti selalu, bukan blog politik hokeh?


Kejadian ini berlaku semalam petang. Aku di-fully sponsored makan BEGER KILO oleh boss aku lah, Shahrol Nizam. Mana dia dapat info aku pon tak tahu lah, ikut je sebab orang nak belanja kan =p


inilah kedainya, BEGER YB!

Kedai ni start open pada jam 5.30 petang. Kami datang awal 20 minit. Sesambil berborak pasal kerjaya masing-masing (choyy~) tepat 5.30 petang dorang dah amek order la. Menu-menu dia korang leh tengok kat bawah;

sila tajamkan mata di "Burger YB" itu.. yummmeh!!

Korang boleh memilih Roti,Patty,Sos, Sayur & Buah

Amacam? mantop kan? terliur pulak pepagi aku update pasal makan, heh! Sambil-sambil tu, aku ada snap jugak masa abang tu masak beger kami. Besar beb daging dia! Tapi lepas masak dia mengecut sket la then nampak tebal. Superb!

Roti beger! pelbagai pilihan...

Harummm...

Kami tunggu dalam 20 minit cam tu, beger kami pon dah dihidangkan. Masing-masing tak dapat menahan napsu makan yang terluap-luap sejak dari atas motor lagi, eh bukan masa kat opis lagi! hammmbek kauu.. gila penangan beger YB neh.. HAHA! 

*Gambar-gambar dibawah tidak sesuai ditonton untuk 18 tahun kebawah*

Aku hentam 500gram beger+Sharol Nizam hentam 500gram beger jugak!

Dia ni lah boss aku+ Crime partner tuk makan-makan.. HAHA!

Besar gila tak henggat!!~

Ketebalan yang luar biasa.. eewwaahh!!

special bukan? yummmeh!!

Aku hanya larat makan sampai 400gram sahaja. 100gram lagi aku tapao bawak balik rumah. GILA KENYANG KOT? perghhh. Ini baru betul-betul makan beger namanya. Sampai sekarang kot aku still rasa kenyang lagi. Entah-entah sampai esok pagi? HUHU!

Kalau korang tengok menu kat atas, 500gram RM20 kan? But now ada promotion, korang just bayar RM18 sahaja! Tadi aku ada tambah cheese 2 keping, mean beger saja RM16 lah. =D

Sempat berborak sekejap dengan owner kedai Beger YB tadi petang. Roti dan Daging beger dorang buat fresh setiap hari. Daging tak letak dalam frozen, sebab tak mau ais tu masuk bercampur dengan daging. Katanya, kalau di-frozenkan, rasa daging tu dah tak asli. Kurang skit la rasanya.

The best thing is, dulu dorang berniaga kat tepi jalan. Now dah boleh bukak kedai walaupun kecil tapi still mantap. Ada banyak peralatan yang belum sampai dan bakal sampai tak lama lagi bagi menampung permintaan yang tinggi. 

Cayalah korang!

Untuk korang yang NAK mencuba resepi YB ni, senang je. Carik UNISEL Shah Alam, pergi ke food court di BELAKANG Unisel tu. Bersebelahan dengan kedai Nasi Arabic. Nak alamat? tengok bawah;

Kompleks Anjung 7, 
Jalan Zirkon B 7/B, Seksyen 7, 
40000 Shah Alam Selangor.

enjoy!

9 comments:

Cereal Guy said...

Gila kapal berat 1 kilo. :D

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

CG:
hehehhe.. ape macam bro? ade bran? =p

JAI said...

Memang ada perancangan nak buat makan-makan kat sini nanti Insyallah. Nak jemput rakan-rakan blogger utk menjamu selera sempena monang Silver Bar..hehe..Apa-apa hal gua roger

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

bro jai:

ALHAMDULILLAH! rejeki tu Pak jai! hahahaa... dah keluar poster tuk open table blogger, kasi tag sket dalam FB ya.. ehehehhe~

hazman aka species1980 said...

bro.... memang menarik untuk buat slot HAZMAN vs FOOD nie bro....400gram pun hebat pun gakkk

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Bro hazman:

Jyeahhh!! leh masuk dalam slot blog bro tu.. hehehe.. tgu Abam Jai open table.. kih3.. 400gram hebat eh? fuuu~ tak makan lunch aku hari ni.. konyang!

Anonymous said...

jom la man...kte wat cm man vs food...aku pn nk join..kte lawan 1 by 1..hahaha

Unknown said...

Fuuuhhh sedap gila.. ;)

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Nurul:

hehehe.. sedap kan?? jom makan sabtu ni =D