Friday, April 06, 2012

Kamal Adli boleh menari? Mikha bersuara lunak? saksikan di Gerimis Mengundang!! by shahroll



As salam, hello readers...


Pada 3 April lepas, aku mendapat jemputan daripada blogger Ruby ke Istana Budaya untuk menyaksikan satu teater muzikal yang dibintangi oleh aktor kacak, Kamal Adli dan juga pelakon popular Nada Cinta, Mikha Tambayong. Sebelum itu, anda boleh melihat video promo aku di SINI.


Mikha & Kamal Adli

Mengusik perasaan! Itulah yang dapat digambarkan oleh aku tentang Teater Muzikal Gerimis Mengundang yang telah dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Dengan semangat rumpunan Melayu (nusantara) yang menggabungkan 3 negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura menjadi satu titik tolak inspirasi perpaduan dan kesepakatan dalam bidang seni, terutama teater.


Menggunakan khidmat pelakon/artis yang popular seperti Kamal Adli (Malaysia), Mikha Tambayong (Indonesia), Mustaqim Mohamed (Singapura) dan pelakon pembantu yang lain, cukup menggamitkan suasana di atas pentas Istana Budaya dengan pelbagai warna suka, duka dan lebih mengujakan dengan lenggok tari yang di persembahkan.


penulis bersama Mikha Tambayong (Cinta)

Pementasan bermula pada jam 8.30 malam dan berakhir pada jam 11.00 malam. Dalam 3 jam setengah, hadirin di hidangkan dengan aksi lucu pada babak awal. Mikha memegang watak Cinta, manakala Kamal Adli memegang watak sebagai Zamani. Sepanjang pementasan berlangsung,aku agak terkejut dengan reaksi penonton yang begitu teruja dengan dekahan ketawa dan tidak ketinggalan airmata yang menitis!


Kerjaya Zamani sebagai Kapten membawa Cinta di suatu tempat untuk meluahkan rasa cintanya terhadap Cinta. Di dalam babak ini, penggunaan skrip adalah terhad kerana penggunaan bahasa tubuh mendominasi selari dengan tarian yang ditarikan.


bersama pengarah teater, Ahmad Idham Nazri

Klimaks penceritaan dimana watak Rizal (Mustaqim Mohamed) memfitnah Zamani untuk memisahkan Zamani dengan Cinta. Rizal berkomplot dengan Yana (lakonan Shenty Feliziana Sudirman) untuk mencapai hasrat tersebut. Segala usaha telah dijalankan untuk memisahkan mereka, namun cinta antara Zamani dan juga Cinta sangat kuat.


Apakah pengakhiran cerita Gerimis Mengundang? Saksikannya di Istana Budaya, Kuala Lumpur.


Rata-rata aku sempat berbual dengan hadirin selepas pementasan, mereka berpendapat, kegemilangan teater Malaysia dan juga nusantara khasnya sudah menuju di jalan yang tepat dengan cerita yang menarik, pemilihan pelakon yang bagus dan apa yang paling penting, kerjasama serumpun Malaysia, Indonesia dan Singapura harus diteruskan pada masa-masa akan datang.


Korang ada masa 3 HARI lagi untuk menyaksikan pementasan teater ini di Istana Budaya dan harga tiket RM55, RM75, RM105 dan RM155


enjoy!

No comments: