As salam, hello readers...
Tersenyum bangga bercampur syukur aku melihat laporan dari Kosmo tentang hasrat Ahmad Idham yang ingin membuka laluan kepada mereka yang berminat mahu menjadi pengarah untuk filem. Seperti yang kita sedia maklum, Idham mempunyai syarikat produksinya sendiri iaitu Excellent Pictures.
Karisma seorang Pengarah Filem!
Aku menyedari kemunculan AI dalam arena seni semasa dia tidak berada di kerusi pengarah lagi. Bermula dengan menjadi pelakon biasa yang tiada apa, namun dengan usaha dan kerja kerasnya selama 11 tahun membuahkan hasil seperti apa yang korang lihat sekarang.
Filem Hantu Bonceng lakonan Zizan Raja Lawak mencatatkan rekod terbaik syarikat itu dengan pencapaian RM8.53 juta bukan calang-calang untuk mengutip kutipan tayangan dengan keadaan ekonomi sekarang, tetapi AI mampu membuatnya.
Gambar hiasan
Nah! benarlah apa yang aku dengar bahawa industri kreatif (filem) memang "lubuk" untuk membuat wang yang banyak. Maka tidak hairan mengapa sekarang penerbit berlumba-lumba "mengaut" keuntungan di dalam industri ini.
Aku menyokong hasrat baik AI, tetapi bukankah di setiap IPT ada kursus seumpamanya? dan, peranan ASWARA tidak mencukupi kah?
enjoy!
No comments:
Post a Comment