As salam, hello readers...
Job gambar yang aku ambil ni pada tahun lepas (2011). Baru sempat update tahun 2012. Boleh korang bayangkan betapa busy nya aku nak update pon tak sempat? huhu. Janji update ye tak?
Bertempat di Saujana Utama, aku yang pertama kali sampai di sini melihat pembangunan yang pesat disekitar taman. Banyak rumah-rumah baru dibina. Taman permainannya juga masih cantik.
Sesi pertama adalah outdoor. Setelah sampai di taman permainan yang berdekatan, aku dibantu oleh Niena (videography kamera kompak) berfungsi untuk memegang peralatan kamera aku dan juga lain-lain tugas.
Contoh gambar Outdoor (final editing):
Pada masa tu, bukan ada 1 client saja tetapi ada 2 client. Sebenarnya yang 1 lagi tu adalah adik kepada client (baju warna merah di atas). Aku tak kisah, sebab kira lump-sum buat 1 sesi, Kalau sesi hari lain, caj berlainan dikenakan.
Setelah berpeluh dan berpanas di luar, tiba waktu untuk shoot di dalam studio. Studio yang dimaksudkan adalah di dalam rumah client itu sendiri. Yup! studio datang ke rumah anda!! =D
Contoh gambar studio (final editing):
lain-lain photo: SH iMAGE blog
Pertama kali SH iMAGE memaparkan "behind the scene" kami semasa bekerja mengambil gambar dilokasi. Terima kasih kepada assistant, Niena Shah yang membuat tindakan yang perlu semasa job ini berlangsung.
Terima kasih juga kepada client kami yang sudi menjemput kami makan tengahari yang sedap! Teringat lagi masak lemak dengan sambal belacan yang pedas! terima kasih sekali lagi.
Enjoy this clip:
No comments:
Post a Comment