Monday, December 12, 2011

(instrumental) Tangisan Keinsafan [Sham Kamikaze] by shahroll



As salam, hello readers..


Lepas balik dari Supermarket 99 sebelah rumah aku, seperti biasa aku melayari Youtube untuk memaniskan halwa telinga dengan menaip kata kunci "instrumental+musik+Malaysia" dan terkeluar lah satu video musik instrumental dari Sham Kamikaze.


Dengan penampilan terbaru dari Sham (berjubah putih) aku dapat rasakan yang cara berdakwah sekarang menggunakan alat musik seperti menarik golongan muda terutama belia untuk mendekati agama (alat musik hanya perantaraan untuk penyampaian dakwah).


Saksikan video ini (sedih wooo..)



Sedikit info daripada uploader video ni:-

Gitar & Dakwah
Konsert Simfoni Islami 2011 (KASIH '11) ~ 22 September 2011
bertempat di Ma'had Tahfiz Al Quran Al Imam An Nawawi (MATIN) Perlis.


Manusia secara fitrah memerlukan hiburan kerana ia menyumbang produktiviti. Tekanan hidup berterusan boleh menyebabkan seseorang itu berputus asa. Semua orang perlukan hiburan tetapi apa yang menghiburkan itu berbeza.


Apakah hiburan hakiki yang boleh memberikan ketenangan? Tiada ketenangan hakiki kecuali mengingati Allah. Mengingati Allah juga tidak semestinya dibatasi dengan ibadat khusus. Islam agama fitrah yang meraikan fitrah dan keinginan manusia pelbagai.


kredit: Facebook pages Sham Kamikaze

Syariat adalah garis panduan jelas bagaimana meraikan dan mengawal keinginan manusia. Tidak menjadi kesalahan meminati lagu yang enak didengar selagi liriknya tidak bercanggah akidah Islam atau melalaikan. Oleh itu, hiburan dalam Islam perlulah sesuatu yang tidak melalaikan.


Apa yang dimaksudkan dengan melalaikan? Sesuatu itu dapat dirumuskan sebagai tidak melalaikan jika ia tidak menjadikan seseorang itu lupa kepada Allah dan caranya tidak bercanggah dengan syariat.


Walaupun Islam meraikan pelbagai keinginan manusia, Islam juga menetapkan kaedah jelas meraikan keinginan itu. Pada masa sama, perlu diperhalusi tujuan berhibur. Jika berhibur untuk mendapatkan ketenangan dan merehatkan minda, tiada kaedah terbaik kecuali mengingati Allah.


Firman Allah bermaksud: "(Iaitu) orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Surah al-Ra'd, ayat 28)


Untuk Facebook Sham Kamikaze, klik SINI


enjoy!

4 comments:

JMR said...

terbaik la dia goreng..slh satu usaha murni, pndekatAN Kpd ank muda..good job bro sham!:-)

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

JMR:

Minit ke 0:49 sampai ke minit 1.26 "memabukkan" aku dalam musik ni... sobb sobb~

Myvitrd said...

boleh tahan lamanya dia goreng beb.. hehehe.. mungkin ni salah satu cara nak mendekatkan diri dengan mendakwah anak muda

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

MyviTRD:

memang tak boleh tahan bro! heheheh~ gorengan padu dari bro Sham.
Teringat dia masa zaman Kamikaze, setiap gorengan sure superb! =)