Keratan akhbar
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim, Asmah Rusman dan Siti Nur Hidayatidayu Razali
Pagi-pagi dah buat aku hangin satu badan artikel yang berbaur kelucahan ni. Kira lucah gak la ni. Seingat aku bro KFJ dah up dalam wall FB dia, tapi aku lambat pick up pulak pasal isu ni.
Then, masa tengok-tengok news feed dalam my FB, ada member dalam my list tag gambar kat atas tu kat kawan dia, terus la aku save as!
Aku carik pulak sumber artikel ni kat web mymetro. SAH! bukan tipu punya artikel. Rasa sakit hati+nak pergi carik je manusia keparat buat kerja 'gila" neh.
Lelaki keparat umur 30-an kau dah GERSANG gila kan? banyak pulak gadis-gadis ko dah bogelkan eh? ishhH~ BANYAK TUH! *control temper*
Flow cerita cam ni:-
1) Menggunakan medium sosial (mungkin FB kot, tak sure) menawarkan pakej menarik minat gadis-gadis untuk menjadi Professional Model (nak jadi Super Model la kononnya)
2) Setelah bersetuju di "uji" bakat, mangsa akan datang ke hotel dalam sesi yang berasingan kononnya untuk menjadi model. Dalam bilik hotel? Ingat ni private shoot ke?
3) Last sekali, kena 'belasah" ngan lelaki keparat tuh!
Tapi kan, aku kurang setuju ngan ayat 'JURUGAMBAR" tu sebab dalam laporan akhbar menulis "PENGUJI BAKAT" tapi disebabkan ayat last sekali berbunyik "hanya bergaya di depan kamera" SEDDYEHHH!!! semua orang yang ada 'kamera" di claim jadi jurugambar a.k.a photographer.
Respond aku pasal isu ni;-
Penulis berita yakni mainstream media harus menggunakan term yang betul. Takut RAKYAT keliru dengan terms-terms yang 'salah"
Model/orang awam yang nak sangat jadi model, BOLEH! tapi selidik dulu bebetul pasal AGENSI yang korang nak pergi or jumpa dengan orang yang menawarkan perkhidmatan yang cam ni. Setelah SAH agensi itu company yang produce product macam Lisa Surihani ke, boleh lah mencuba dengan syarat bawak kawan2!
Ada bidang photography yang memerlukan model BERBOGEL ye. itu aku tak nafikan. Tapi etika antara photographer dan juga model cukup tinggi. Dan kerahsiaan gambar juga tinggi. Bukan nak upload dalam FB. nonsense!! Ada post aku kat SINI.
Jangan disebabkan nila setitik, rosak susu sebelangga.

2 comments:
dah sah2x pompuan tak leh amik tindakan undang2x kan sebab diorang yg datang SERAH DIRI kan....
Bro hazman:
Nampaknya, cam tu lah bro.. kesilapan diri sendiri jugak tu..
Post a Comment