Tuesday, November 08, 2011

Pusat Hafazan Al-Quran Darul Izzah [part-time learning]



As salam, hello readers...


Sakit gigi aku makin teruk bila aku bangun pagi tadi. Semacam beguk aku rasa sebelah kiri kat bahagian rahang gigi (bawah). Mungkin disebabkan gigi baru yang tumbuh kat bahagian hujung, bila aku mengunyah, azab gila! Kena check kat Pusat Kesihatan nanti.


Aku bukak Google. Cari something.


Terjumpa laman web Ustaz Mohd Zaki Bin Yaacob. Bagus juga ada kelas mengaji part time. Serasa nak masuk balik kelas Al-Quran. Yelah, kalau baca sendiri tu memang boleh, tetapi kalau ada guru yang check bacaan, bagus juga kan?
ambil dari laman web Ustaz...

Pakej yang ditawarkan memang berpatutan sekali. Serendah RM50 ringgit sahaja. Akan tetapi, nak masuk ada syarat-syaratnya. Apa syarat nye tu?

Di antara syarat untuk menyertai Darul Izzah adalah seperti berikut:

Berumur 6 tahun ke atas.
Berkemampuan membaca al-Quran dengan baik.
Mempunyai minat yang mendalam untuk menghafaz al-Quran.
Mempunyai akhlak dan sahsiah yang baik.
Mempunyai ibu bapa yang juga berminat di dalam bidang hafazan al-Quran.
Mempunyai tahap kesungguhan yang tinggi.
Mempunyai disiplin diri yang tinggi.
[selanjutnya: SINI]

Sesiapa yang mahu memantapkan ilmu agama khasnya dalam bacaan Al-Quran, boleh lah hubungi Ustaz. Rujuk pada laman web Ustaz ya!

Salam...

No comments: