As salam, hello readers...
Sesuatu barang yang sudah ada di dalam genggaman memang sukar untuk dilepaskan. Begitulah juga halnya berkaitan dengan Anugerah Lagu Terbaik pada awalnya diumumkan oleh AIM adalah Yunalis Zarai atau Yuna untuk lagu "Penakut"
Namun, timbul sedikit kekacauan bila penarikkan semula oleh AIM terhadap kategori itu dan hasilnya, lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain yang di kompos oleh Edry Abdul Halim memenangi kategori tersebut. Mengapa hal begini berlaku?
foto ehsan: SH iMAGE Blog
Hal ini disebabkan oleh salahnya perhitungan oleh juruaudit luar rasmi AIM iaitu Ernst & Young mengakibatkan keputusan untuk kategori itu tersilap kepada Yuna.
Tidak mengapalah Yuna, lagu PENAKUT tidak menang di dalam kategori itu tidak mengapa, janji sudah menjadi 'pemenang" di dalam hati peminat Yuna semua! Syabas! =)
enjoy!
No comments:
Post a Comment