As salam, hello readers...
Semalam lepas aku habis audit, aku terus balik ke rumah bersiap untuk menghantar nenek+ mak dan bapa saudara di Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya. Pada awal plan, aku perlu balik ke Kuala Selangor untuk pick up mak dan ayah aku, tetapi aku dimaklumkan ada bas yang membawa seluruh kerabat aku pergi ke Kelana Jaya.
Jadi, aku hanya perlu pergi terus ke sana.
abaikan jerawat seketol tu ngan double chin.. urghh~ =_=!
Jam menunjukkan 3.43 petang aku on the way ke sana...
Aku pergi agak awal kerana aku tak berapa sure actually jalan ke sana. Betul-betul berpandukan Google Map yang aku sempat google di rumah sebelum aku keluar. Nasib baik aku boleh tangkap kat area mana kompleks tu.
Pesanan penaja:
Sesiapa yang 1st time masuk area KJ, memang sesat kot? Aku yang boleh dikatakan selalu turun ke sini, asyik tersalah masuk lorong je. Tapi masih ok la ada banyak signboard Tabung Haji bagi guide. Korang follow je signboard tu, sure sampai!
Sampai lebih awal dari jangkaan..
Kawasan pengumpulan jemaah haji. Berdepan dengan masjid
(menyenangkan jemaah nak bersolat)
Snap dari luar pagar Kompleks..
Pakej TAHA D'Kelana..
Dalam lebih kurang jam 4.45 petang, rombongan bas dari Kuala Selangor tiba. Syukurlah selamat sampai. Untuk post ini, takde gambar nenek aku lagi, untuk second post insyaallah.
Enjoy!







No comments:
Post a Comment