Gambar ehsan: Aji Yusop Facebook
Berita yang agak baru aku terbaca dari blogger Parpukari dan juga Facebook.
Gambar daripada Aji Yusop (juga dengan kebenaran pihak PRESS). Update Aji dalam Facebook beliau;
Al-fatihah buat rakan di Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor, 41 yang meninggal dunia semasa membuat liputan di Mogadishu, Somalia malam tadiDan Update dari Parpukari;
Ini aku baru terima berita dari seorang sahabat aku mengenai misi bantuan kemanusiaan ke Somalia yang diketuai oleh Dato Azeez.Aku diberitahu bahawa salah seorang jurugambar terkena tembakan curi semasa membuat liputan malam ini.
Marilah kita semua mendoakan agar yang lain-lain tu selamat. Ramai kengkawan kita ada disana.
AL-FATIHAH untuk Noramfaizul Mohd Nor, semoga roh beliau ditempatkan bersama-sama di kalangan orang yang beriman. Aminn...
1 comment:
Nana:
Aminn..
Post a Comment