As salam and hello semua,
Melayan video lam youtube memberikan aku banyak idea dalam penjanaan wang dalam online (bahasa buku dowh!). Aku masih "hijau" dalam nak paham macam mana orang lain boleh generate income ribu-ribu (5 angka dol!) tapi setakat ni, alhamdulillah, pandai sikit-sikit, makanya dapatnya pun sedikit aja, hehe.
Korang pernah sampai Puncak Alam nyer kampus? ataupun dinamakan sebagai "Shah Alam 2" oleh staf-staf universiti tersebut. Tempat/lokasi nya masih baru dan memiliki bangunan yang serba moden dan besar. Aku berkesempatan menjejakkan kaki ke sini (2nd time dah) sebab urusan kerja.
Aku ke Fakulti Sains Kesihatan (FSK) di aras 7. Dan sebelah FSK adalah Fakulti Pengurusan Teknologi Pejabat (FPTP). Bangunan yang berjumlah 17 tingkat menempatkan bilik pembelajaran, bilik komputer dan office staf (lecturer etc). Kemasan lantai tidak begitu cantik lagi, mungkin dalam proses lagi dan lif dia terbahagi kepada lif untuk tingkat ganjil dan tingkat genap, best ek?
Bangunan FSK+FPTP
Masa aku snap bangunan ni, aku berada di Fakulti lain. Tak pasti namanya. Aku mencari surau berdekatan dengan FSK. Tak jumpa. Last-last aku pergi carik tempat jauh. Ok lah, janji ada tempat solat.
Lain-lain gambar yang aku snap (pakai C3);
3 gambar kat atas ni aku ambil dalam bangunan FSK. Banyak lagi spot aku nak try amik, tapi masa tak dan nak buat cam tu. Ada masa, aku spend 1 hari lepak PA ni amek gambo. Best pulak layan shoot architecture
, walaupun aku bukan line Archy nya photog neh.
Fasa ke-2 sedang giat dijalankan. Tu yang korang boleh nampak ada lori dengan penggelek tanah (untuk rata kan tanah tu..) Agak berdebu ya. Nasib baik kolej students
dekat atas bukit (pict #3)
Enjoy!
2 comments:
tak pernah sampai sana lagi
Hans:
Mai le ke sini, jalan2.. hehehe~
Post a Comment