Bagi orang yang bekerja (kuat!) macam aku, tentunya 2 masa (pagi/tengahari) menjadi perkara wajib untuk memikirkan mana tempat nak makan neh? Hari-hari makan tempat dan lauk yang sama agak memualkan tekak, betul tak?
Aku ada banyak gambar makan lunch dan breakfast, tapi aku select yang best je. I mean, rasa dia yang bebetul sedap (yang lain tu so so je..) urutan gambar bukan ranking bagi makanan tersebut k?
Enjoy!
My Breakfast
McDonals
seksyen 3, Shah Alam
Time poket penuh (gaji) aku lepak sini. Ada duit terlebih, pun aku lepak sini gak. Nampak set ni, teringin nak lepak makan malam neh, HAHA! OH! Aku penchenta tegar makanan Mekdi. So, make sure korang pon pen-tegar Mekdi gak owh!
Makanan di Cafeteria
Nasi goreng "mesti ada" kat cafeteria. Kalau tak de apa sangat pagi tu aku nak makan, aku hambek gak la nasi goreng ikan bilis ni. Add-on aku amek roti gulung sosej. Sambal dia ummpphh!!
Nasi Kuning di HEP
Nama sebenar nasi ni aku lupa. Tapi macam yang korang tengok, warna kuning kan? Nasi Kuning la tu. Rasa dia semacam ada mentega (campur masa masak kot?) bubuh sambal dengan daging merah, terangkat beb!
Makanan di Cafeteria (kedai side corner)
Makanan yang ni dekat tempat yang sama aku makan Nasi Goreng ikan bilis tadi, tapi ni kedai sebelah dia. Ada kedai yang jual kek, roti-roti, makanan western la. Kadang tak de mood nak makan berat, layan roti ngan kacang pon kenyang.
Makanan di HEP
Ada masa nasi goreng ni sedap dan tak. Bergantung pada siapa yang masak. Kalau pekerja dia masak, kureng sikit la, kalau boss dia yang masak, sedap! Tapi, kerang sambal ni memang sedap! Hari-hari sure aku amek kerang neh! (kalau tak lepak cafeteria lah)
Makanan di Cafeteria (kedai bakery & cake)
Masa untuk makanan BARAT! hehe, dah tak lalu sangat makan nasik, bedal spagetthi bolognese lah jawabnyer. Tapi tak kenyang, sure aku rembat burger double special kat gerai Abang Ameen! haha..
Nasi Lemak Kampung Sijangkang
Hoiii sedap kauu tahu? Haa, masa ni aku lepak kat pasar Sabtu batu 8, Sijangkang. Best nya nasi lemak ni pasal sambal dia dan daging rendang yang aku amek. Mana-mana nasi lemak sama, yang bezakan dia cuma sambal.
MY LUNCH
Makanan di Cafeteria Parking Bertingkat
Cafe ni terletak di parking bertingkat UiTM Shah Alam. Staf yang handle adalah dari Intekma Resort (correct me if am wrong). Selain masakan panas, ada juga chicken chop
yang korang boleh amek sendiri di meja (diluar) yang telah disediakan.
Makanan di Kedai Ikan Bakar Aida
Kedai yang terletak di seksyen 6, sememangnya terbaik dari segi penjimatan duit poket korang. Bukan nak kata apa, makanan di sini sedap dan murah. Korang boleh baca link yang aku letak kat atas tu, baca k? =D
Char Kuey Tiaw @ Mamak Mydin (Subang)
Time ni aku tengah tunggu my client, Mira untuk beri album anak dia (Majlis cukur jambul) Aku datang awal, so layan CKT kat kedai mamak yang ada. Sini ada 2 kedai mamak, korang pilih yang last sekali (corner side) yang ada tv besar tu. Cuba lah try! =D
Makanan di Cafeteria Parking Bertingkat
Nasi Goreng Cina aku order lepas solat Jumaat. Aku ingat lagi, aku makan nasi goreng bersama Sup Daging. Walaupun harga sup tu RM4 je, mangkuk dia besar kot? (big portion). Kenyang sangat sebab habiskan kuah sup tu yang ada bauan serai yang kuat!
Di Cafeteria (port biasa lepak)
Ikan ngan sayur hijau kalau aku tak de selera sangat nak makan. but i have to eat lah sebab nak jaga perot punya pasal. Kalau tak masa kerja, meroyan nak makan pulak!
Di HEP
Nasi Ayam Mentega! Aku tegur makcik yang buat nasi ayam ni kenapa mentega dia kuat sangat terasa? Bukan aku sorang je, kawan aku yang makan dengan aku pun cakap benda yang sama. Tak habis member tu makan. Sian. Putus selera dia.
Cebisan gambar serta pendapat aku tentang makanan di Malaysia yang telah pon aku rasa dan nikmati. Korang yang kat luar sana sure dah makan macam-macam kan? Aku baca Floggers punya blog, memang meriah lah makanan kat Malaysia ni, sampai tak terhabis nak makan. HUHU..
See later, salam!
4 comments:
wooo. apa ni. terliur lak. tuan belog blanja la! :P
Ekin:
Ini makanan.. heheh~ thanks drop here! Nak belanja? Meh dtg open house ya.. hehehe~
minta izin copy dua gambar ye..
http://madihahdaisy.blogspot.com/
NM:
Ya, silakan =) terima kasih...
Post a Comment