As salam and hello readers,
Amacam bersahur? boleh terima makan nasi pepagi begini? apa ade hal, selalu lepak kat restoren mamak sampai dinihari, sure dah biasa makan sahur ni kan? =D aku makan bersama keluarga aku tadi, cukup sekadar 2 lauk. Paru masak kicap dan ikan pari masak lemak cili api.
Lauk korang apa untuk #1 puasa ni? Apa pun, jika yang "malas" tu boleh minum air suam dan sebiji buah kurma la ye. Bukan apa, ambil berkat bersahur. Beza puasa orang mukmin dengan lain adalah kerana makan sahur, biasa dengar kan? =D
Oh ye, ingat lagi ke niat puasa? Kalau tak, boleh baca kat bawah;
Lafaz Niat Ringkas
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.
Lafaz Niat Lengkap
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
Sebenarnya, bangun untuk bersahur sudah dikira sebagai niat puasa.
Lafaz Niat Untuk Sebulan
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
- Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.
- Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:
“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala.
Terima kasih pada Mohd Dapih blog yang aku Google keluar blog dia. Semoga kita share2 pahala la ye posting benda yang baik tuk semua. Sekian dulu, Selamat berpuasa! =)
6 comments:
wah! sedap betui paru masak kicap...adehhhhhhhh~
Key:
kann? kalau kat kedai paru dia kering giler.. x sedap.. hehehe~
slmt b,pose bro.:D
Update terbaru : Kisah Dobi Layan Diri!
Abe:
Selamat juga kepada bro.. hehhe.. thanks sudi singgah sini =)
selamat berpuasa bro!
tehtarikmemoirs.com
TTD:
Wasapp bro! Selamat berpuasa juga.. =) ada event Innit, halo2 ya.. =D
Post a Comment