Sunday, April 24, 2011

Ingatan kepada sang lelaki penzina tegar melanggan pelacur untuk keseronokan sementara! by shahroll



Morning peeps!


Pagi Ahad bangun awal pulak, selalu lewat sikit. Bese lah sunday kan, tapi minggu nie tak sama dengan minggu sebelumnya. Then, minum pagi dengan selak-selak paper Metro yang semalam punya (sabtu). Ada satu tajuk yang best menarik mata aku nak membacanya.


"Azab Dosa Silam"


Nama tajuk drama baru? Naa, bukan. Bestnya Metro kalau bagi tajuk berita tu memang best. So, aku baca pulak pengisian dia. Simple je ceritanya, mamat ni tengah berkira-kira untuk melepaskan isteri dia sebab dia disahkan mandul oleh doktor pasal dulu selalu melanggan awek/cikaro.


Dia start "melenjan" pelacur dari seawal 26 tahun. And now dah 38. Tak la awal sangat kalau dah 26 tu, boleh berfikir da kot? Apa boleh buat, napsu dah tak boleh kontrol, nak pulak banyak duit (bawak lori) apa lagaaass...


Then, dah jumpa "calon bini" dah kawen, masuk tahun ke-4 takde lagi anak. Mau tak kena sindir ngan family mertua? Dari situ, mamat ni pegi buat medical check-up dah resultnya, sperma dia dah tak aktif a.k.a sperma mati! Mean, tak leh ada zuriat lah.


Doktor sah kan dia mengalami penyakit Clymidia. Apa tu?


Infeksi Chlamydia adalah infeksi menular seksual umum (IMS) pada manusia disebabkan oleh bakteri''Chlamydia trachomatis". The''infeksi Chlamydia istilah juga dapat merujuk kepada infeksi yang disebabkan oleh spesies yang termasuk dalam keluarga bakteri''Chlamydiaceae. C.'' trachomatis''hanya ditemukan pada manusia. Chlamydia merupakan penyebab utama penyakit menular kelamin dan mata manusia.
[sumber: SINI]

credit to: Metro

"Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." [-Surah Al-Israk: ayat 32]

"Dan orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba mereka, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari selain itu, maka mereka itulah orang yang melampaui batas." [-Surah Al-Mukminun: ayat 5-7]

"Perempuan dan lelaki yang berzina maka deralah tiap-tiap seorang daripada mereka 100 rotan dan janganlah belas kasihan kepada kedua-duanya kerana ini akan mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan sekumpulan daripada orang yang beriman."
[-Surah An-Nur: ayat 2]



Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W mengingatkan,


"Hindarilah zina sebab ia menimbulkan enam kesan buruk, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Yang di dunia, zina akan menghilangkan kegembiraan, menyebabkan fakir dan mengurangi umur sedangkan keburukan di akhirat nanti, zina menyebabkan pelakunya diazab, dihisab secara ketat dan kekal di neraka."
-Hadis riwayat Baihaqi



"Umatku akan sentiasa baik selagi belum lahir anak zina di kalangan mereka. Jika anak zina sudah tersebar di kalangan mereka, maka aku bimbang Allah akan menimpakan azab-Nya kepada mereka."
-Hadis riwayat Imam Ahmad 



[source: HERE]


Untuk ingatan aku dan kau semua para pembaca. Kalau boleh elak, elak kan, semoga di "sana" kita baik-baik saja. Mohon perlindungan.. Allahuakbar...

2 comments:

Budak Botak said...

nak kata apa pon xleh dh, harap dia bertaubat la...

Entry terbaru GEMPAR - iPhone & iPad Rakam Pergerakan Pengguna... (",)

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Budak Botak:

Harap begitulah.. ingatan pada yang belom terkena lagi...