Posting ke 801. Tak sangka aku boleh "gagah" sejauh ini. Hardcore jugak aku menulis. Harap, apa yang aku tulis menjadi kebaikan bersama, Insyaallah..
Apa yang best malam nie?
Ok, aku cuba mengulang tayang kembali pada hari Jumaat lepas. Sebenarnya, banyak aku nak tulis pada hari Jumaat tu. Yelah, 2 event aku pergi kan, so banyak lah ceritanya dan ilmu aku nak kongsi ngan korang. Aku pon paham akan kerja korang yang membataskan korang untuk pergi ke majlis2 tertentu. Maka dengan itu, korang boleh la baca apa yang aku dapat nie k?
Jom layan Youtube dari channel aku nie dulu, sebelum aku bagi review/pengisian dari tazkirah itu;
Tazkirah: Sadaqah
Dah tengok? panjang lagi sebenarnya, tapi takat tu je aku sempat rakam, lain2 aku buat dalam bentuk penulisan;
1) Terputus nya hubungan dengan dunia setelah anak adam itu meninggalkan dunia yang fana ini kecuali amalan2 nya. Salah satunya adalah sadaqah.
2) Sadaqah bukan saja melibatkan harta benda, akan tetapi boleh jadi dengan masa, tenaga yang disalurkan kepada yang memerlukan baik manusia ataupun haiwan.
3) Ganjaran yang berterusan dari Allah S.W.T, dan senyum itu juga dikira sebagai sadaqah. Mengapa? kerana, dengan senyuman itu, dapat menenangkan hati hati manusia yang lain dan hidup dalam aman dan harmoni (perpaduan).
Tiga point itu menjadi rumusan aku pada petang tazkirah itu. Lain2 hanya penceritaan kisah2 Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat. Antara turning point (not related) yang ustaz nie buat adalah pada 1 cerita;
Disebabkan ustaz ni penulis buku ceria, 1 kisah yang disampaikan memang best. Aku pon dok sengih2. Kisahnya begini;
Seorang suami balik dalam keadaan penat lelah dari bekerja dan si isteri melayan suami dengan cara membuat cucur udang. Nak serve untuk suami nyer la nie. Lepas tu, si suami nie pon makan, makan dan makan sampai habis licin, tak de lagi cucur udang. Maka si suami bertanya ".. eh, mana udangnya, awak kata cucur udang??..." kata si suami.. maka dengan itu, menjawab lah si isteri, ".. Kalau abang makan kat kantin tempat kerja abang cucur badak, ada ke BADAK dalam cucur tu??.." balas si isteri.
So, what the moral actually?
Ustaz tu cakap, hidup nie tak perlu nak komplen sangat. Dah ada itu, terima sajalah. Untung2 si isteri tadi serve dengan makanan cucur udang walaupun namanya cumalah cekodok je pon.. cam tu lah lebih kurang kisahnya.
Berbalik pada kisah sadaqah,
Ustaz menyarankan supaya, sadaqah la di mana2 pon, asalkan bersadaqah dengan niat yang ikhlas. Satu pengajaran yang diajar aritu, jika korang tengah duduk2 di restoren dan nampak ada peminta sadaqah menghampiri anda, berilah juga. Kadang, kata ustaz masyarakat memandang serong terhadap golongan ini dengan mengatakan ianya sindiket. Adakah benar begitu? Saya tinggalkan persoalan itu kepada anda semua.
Aku pon tak terlepas dari "membudayakan" pemikiran seperti ini. Memang betul, kadang kita agak "rimas" dengan golongan ini, tapi cubalah meng-ikhlaskan hati agar, pemberian kita itu menjadi bekalan kita "Disana".. Wallahualam...
Aku rasa lega dapat share mende nie.. ok guys! see next post! mau siapkan coding untuk esok nyer kelas.. As salam..
No comments:
Post a Comment