Sunday, December 26, 2010

Semalam yang HOT! Double Trouble tak best by shahroll

As salam to all,


Ada sikit masa lagi sebelum keluar. Semalam, thanks kepada rakan blogger iaitu Phreak-ID yang sudi TAG aku ke konsert DT (Double Trouble) kat Sunway Lagoon, thanks a lotzz bro! Ok, setel sesi mengipas. Cerita pasal DT nie pulak, ada benda yang tak best nak aku tulis kat sini.


Apa yang tak bestnya kat pandangan mata aku?


1) Sound hancor! Serius, aku duduk ngan Phreak-ID bebetol sebelah stage (bukan VIP pass) telinga aku mendengar macam "langau" je bila gitar Joe Wing (permulaan persembahan) aku rasa memang prob sound system dia semalam.


2) Lighting system bersepah. Perghh.. nie bebetol annoying oh! bukan pe, kawalan lampu agak kurang. Sama gak macam sound. Aku agak "buta" kena panahan lampu sorot besar stage tu. Mula lah aku naik maki lam hati, siout!


3) Perangai ORANG DEWASA a.k.a TUA berlagak macam orang muda (nie tanyer Phreak-ID, dia lebih mengerti.. HAHA)


Ada yang marah ke? pandangan biasa je nie. Tak de pe sangat. BUT! yang best pasal konsert semalam, lagenda rock nie memang tak boleh pertikaikan dari aspek vokal Awie Wings dan Amy Search. TERBAEK!


Untuk pembukaan lagu, memang syok. Azlan and the typewriter yang opening. GILA tinggi vokal Lan. Serius! aku pertama kali gak dengar LIVE suara si Lan ni.Salute bro! Dia bawak 2 lagu semalam. so nice!


Then, Amy Search mulakan aksi dulu, kemudian Awie. Sempoi bapak owh dorang. Amy macam biasa aku tengok lam tv, memberikan persembahan yang mantap, lincah dah cool! Tak padan ngan usia nya yang semakin "dewasa". hehe! stamina kuat bro!


Yang mana tak dapat tengok dekat ngan stage, ada dipasang 2 layar kat belah belakang sekali. Ok lah tu, mana yang bawak awek-yang-tak-suka-bau peluh, elok sangat le dok situ. Nyaman! sebab macam dok tgk wayang je. HAHA


Gambar? Hehe, jom layan! Happy Sunday! As salam...






8 comments:

Myvitrd said...

aku pergi juga.. aku duduk belakang dekat dengan layar sebelah kanan.. sebab bawa wife.. tak mau bersesak2 dengan mat rock.. hehehe..

tapi memang betul sound prob... nasib baik last ada lagi yang best boleh cover sikit..

seumur hidup aku ni first time g tengok konsert.. jakun siot..

aku ada ternampak deqdeq.. tapi tak tegur takut salah orang... ahhaah

phreak-id said...

Hahaha. sempat update entry. aku bangun lambat. nanti petang lepas pergi times square baru update and letak gambar kalau ko nak curi nanti okeh

hamzah ian said...

yang penting dapat skodeng.. har har

shahjiehan said...

style ar bro~

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Tn.Punya:

Kan? aku igt telinga ku je yg ade "masalah" nie.. hhoho, bawak isteri kena lepak tempat2 yg aman! heheheh..

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

phreak-id:

semmpattt!! tu yg datang BTS lambat sket tu! huhuhu~ ko mmg! bangun lambat! =D ok2 t aku curik gambo ko.. hooho

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

hamzah ian:

wakkka skodeng awek?? huh! semua berpasangan dengan mahkluk tuhan paling sekkksehh! (org tua!)

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

shahjiehan:

Salam bro! thanks datang ke blog cikai aku.. wowooho.. ape yg stail tu? =D