Monday, November 15, 2010

PROTON’S WIN : Asia Pacific Rally Championship (APRC) at China 2010

MALAYSIA BOLEH!!


Yup! itulah kata-kata semangat yang sentiasa dilaung-laungkan setiap rakyat Malaysia di negara ini. Berbekalkan dengan semangat itulah, setiap apa yang dirancang,dibuat,dan dilaksanakan dapat mencapai objektif dan kejayaan. Begitu juga dengan sektor permotoran di negara kita.


Mengimbas kembali sejarah automobil Malaysia, PROTON, ditubuhkan pada tahun 1983, adalah pengeluar terbesar kereta Malaysia. Dengan operasi di pasaran utama dari Eropah Barat ke Timur Tengah, dan di seluruh Asia Tenggara dan Australia. 


PROTON mengeluarkan kereta untuk memenuhi pelbagai keperluan pengguna dan keutamaan. Termasuk kenderaan keluarga serbaguna empat pintu, hatch-back dua pintu untuk kaum muda-mudi, sedan eksekutif dan bergaya mewah, luas dan harga yang berpatutan.


Kini, PROTON menempa nama dan mencatat sejarah yang tersendiri dengan mengharumkan nama negara di persada dunia dengan kemenangan Ralli Asia Pasific di China. Walaupun PROTON telah berehat selama 5 tahun dan kali ini adalah kali pertama memasuki pertandingan, PROTON dapat mengalahkan beberapa nama besar seperti Mitshubishi dan juga Subaru yang mana kita tahu kedua-dua pasukan ini begitu dominan dalam sukan permotoran Ralli.


**APRC 2010 CHINA Rally - PROTON WIN APRC**
Source: Youtube

** photo credit: fiaaprc.com**

Berbekalkan kereta Proton Satria Neo S2000, perlumbaan Ralli di China didukung oleh pemandu Alister McRae dan Chris Atkinson.

**Photo credit: Paultan.org**

Jentera inilah yang "memusnahkan" harapan-harapan pasukan lain dengan keupayaan jentera dari Proton nie. Teringat pula saya dengan posting Proton Inspira yang saya post hari tu. Berbangga dengan produk Proton! Cool..

Untuk pengetahuan korang, PROTON telah bersaing di lima daripada enam pusingan APRC tahun ini yang bermula dengan Rally Malaysia, Rally Jepun, Rally New Zealand dan Rally Australia. Pasukan Proton telah memandang ke depan untuk mengumpulkan lebih banyak mata di Rally Indonesia tetapi acara ini dibatalkan oleh FIA kerana keadaan cuaca yang tidak sesuai untuk acara ralli. Sebelum ke China, PROTON menduduki tempat kedua terbaik dalam Rali New Zealand.

**photo credit: kaktus.us**

Sepanjang tahun kewujudannya di ralli antarabangsa, PROTON telah memenangi gelaran APRC tiga kali pada tahun 2001, 2002 dan 2004. Pada tahun 2002 PROTON juga memenangi Mobil FIA World Rally Championship.

Syabas PROTON!

2 comments:

Myvitrd said...

malysia boleh.. tak sbr nak tengok proton dekat WRC pulak

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Tn.Punya:

MALAYSIA BOLEH! yeahh.. semangat juang yang belom selesai sampai negara benar2 di level maju.. yup, hope dalam WRC dapat kejayaan yang sama.. =)