Malam nie merupakan malam terakhir untuk episod Gadis Melayu dan aku pasti semua peserta di dalam situasi yang "gabra". Apa pun, congratulation to all candidates yang menjejak kan kaki ke final! **clap!clap!clap** (tepuk tangan)
Dan, pilihan peserta jika aku yang menjadi juri Gadis Melayu (GM) adalah tak lain dan tak bukan adalah Miss Rina Salleh.
** picture credits: Rina Salleh Facebook**
Adakah penilaian ini berdasarkan pada paras dan rupa saja? Oh! tidak sama sekali para pembaca. Rina yang berkelulusan dari Universiti Teknologi Mara, mengambil jurusan Quantity Survey sememangnya LAYAK menjadi ikon kepada Gadis Melayu itu sendiri bahkan seluruh remaja. Setuju?
Jom selak perihal Rina. Beliau pemilik Rina Salleh Resources yang beralamat website www.rinasalleh.com, menjadikan si pemilik nama ini mekar meniti di bibir insan yang menggemari fashion2 yang terkini yang ada dijual di laman web tersebut.
** paparan muka depan laman web Rina Salleh**
Lagi? Sudah tentu beliau juga seorang model yang berbakat. Saya secara personal telah berjumpa Rina Salleh di dalam majlis bersama rakan-rakan yang lain dan semacam merasakan "aura" wanita kemelayuan itu sangat kuat.
Apa pun, ini adalah berdasarkan penilaian dan pengamatan saya sebagai insan pemerhati, bukan nya juri ya. Jika ada peserta lain yang menang dalam GM ini, harap semua berlapang dada menerima keputusan juri itu seadanya. sekian...

No comments:
Post a Comment