Wednesday, October 27, 2010

Apa yang "best" pasal KiK Zon Tengah Peringkat UiTM? by shahroll

Salam all! =D


Hari nie aku kerja cam biasa. Tapi buat kerja yang luar biasa dari kebiasaan, sebab aku jadi AJK (cenderahati dan hadiah) untuk Konvensyen KiK (Kumpulan Inovatif Kreatif) untuk Zon Tengah. Apa benda Zon Tengah? Ok cam nie, di peringkat ini, kumpulan yang bertanding adalah terdiri daripada bahagian-bahagian seperti Pejabat Pendaftar, Pejabat Bendahari, Perpustakaan (famous in KiK arena) dan lain-lain jabatan lagi.


Sejak aku join KiK, memang banyak ilmu yang aku dapat untuk korang berfikir di luar kotak. Bukan diluar kemampuan ok! huhu~ Mula-mula dulu aku join Kumpulan Solve, then ke Kumpulan My-Smart. Setakat nie, baru 2 kumpulan aku join.


Satu kumpulan baru Perpustakaan, iaitu Kumpulan TITANIUM yang diterajui oleh Encik Hamidi Jais selaku ketua kumpulan, di ikuti dengan ahli-ahli kumpulan yang begitu komited dalam usaha membangunkan sistem yang dipanggil EQPS.


Apa EQPS nie? secara ringkas, EQPS adalah satu database yang mana pelajar-pelajar yang ingin mendapatkan kertas soalan peperiksaan yang lalu, boleh mengakses laman web EQPS ini. Dengan hanya memasukkan no ID student dan no.kad pengenalan, dapat lah pelajar/pelanggan mengakses kertas soalan tersebut.


Apa yang membezakan sistem dulu dan sekarang? Jika dulu hanya 100 users saja yang boleh mengakses untuk mengambil kertas soalan, sekarang tidak perlu lagi begitu disebabkan dengan inovasi kumpulan tersebut telah merubah dari 100 users ke Unlimited users. Cool kan?


** Group Titanium

**semasa pembentangan

Mentor sedang memerhati dan penjaga slide

sedikit rakaman video:


Secara keseluruhan, kumpulan nie memang boleh pergi jauh lagi, sebab para panel juga bersetuju dengan projek ini. Disebabkan pencarian kertas soalan yang lebih laju daripada yang dulu, memang deserve projek nie "meletup". =D good effort guys!

No comments: