Friday, July 16, 2010

Isu kenaikan harga minyak: 5 sen peningkatan! by shahroll

Salam all! =)


Dalam status kawan-kawan aku dalam Facebook, banyak menyatakan peningkatan harga minyak yang meningkat sebanyak 5 sen! Aik, tak lah banyak sangat, kenapa korang nak terasa sangat? 5 sen je kot, bukan sampai 75 sen masa Tun Abdullah Badawi kan?


Senarai peningkatan yang dinyatakan:-





 Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
 Petrol RON 97 - RM2.10 seliter.
Diesel - RM1.75 seliter.
Gula - RM1.70 sekilogram
 Gas LPG - RM1.85 sekilogram


Jika fikir-fikir, takkan korang leh terus "papa-kedana" dengan peningkatan harga sejumlah yang kecil ini? aku bukan golongan berpendapatan tinggi, cuma sederhana. Mungkin korang akan kata, " tak pikir ke masalah orang susah?" tapi aku nak tanya pulak kat korang, ada pikir tak masalah kerajaan tentang perkara ni?






Aku yakin dan percaya pihak kerajaan tak semudah-mudahnya menaikkan harga minyak ni. Tak kisah la korang nak chop aku blogger PRO kerajaan ke apa, aku cuma rakyat biasa yang ada hak pengguna dan juga hak rakyat untuk bersuara. Demokrasi kan?

Harga minyak naik,mesti harga barangan akan meningkat juga. Itu yang aku listkan sekali harga gula. Mengapa ek, tiap kali minyak naik, pasti gula pon turut menerima tempiasnya. Selepas itu, kalau harga minyak turun sekalipun, harga barang tetap tak turun! =O renung-renungkan dan selamat beramal =).. 


salam!

2 comments:

Ken Wooi said...

everything also naik.. what to do =/

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Ken:

ye lorh.. what to do? just support the Goverment meyy! =D