Friday, April 23, 2010

Segmen baru : Spot & Blog by shahroll

Salam to all! :D




Apa yang membuatkan aku melahirkan idea untuk buat segmen2 bagai? Ok, idea ini terlahir semasa aku pergi ke Kolej Mawar di dalam UiTM ni untuk solat Jumaat dan aku sebagai "observer", melihat telatah2 manusia yang ada. Ada apa? nanti aku ceritakan.




Spot meaning "tempat" right? so bila aku spot sesuatu tak kiralah manusia ke,haiwan ke,apa2 saja yang aku merasakan tak best , aku cuba memberi sedikit "review" ataupun pandangan sebagai rakyat jelata yang biasa.




Blog meaning aku memblog kan pasal apa yang aku jelaskan yang diatas tu, so bila compare jadilah " Spot & Blog" akan merangkumi pandangan aku sebagai manusia yang memiliki akal dan cuba membantu mana2 benda yang tidak betul di pandangan mata aku... pandangan mata aku ya! aku sebut 2 kali nie.. ;D






Ok untuk yang 1st nie, berbalik pada telatah2 manusia di dalam Kolej Mawar tadi untuk menunaikan solat Jumaat. Sebagai orang Islam yang satu kalimah dan juga satu mazhab, mengapa harus BERSALAMAN dengan orang2 yang korang kenal je? Yang lain juga sama seperti kamu, ISLAM. Sikap sebegini ditegah oleh Nabi Muhammad S.A.W, kerana setiap seorang yang beragama ISLAM itu adalah BERSAUDARA.




Maka, dari pandangan mata aku,kelakuan seperti itu ibarat memutuskan silaturahim sesama saudara walaupun dikalangan yang kamu tidak kenal dan itu melanggar prinsip yang dinyatakan di dalam agama. Aku bukan seorang yang alim plus ulamak but dari pengetahuan agama aku yang ada nie, aku try kongsi bersama... 




Ada maksud hadis yang menyatakan bahawa, datangnya hari kiamat itu jika sesama saudara islam hanya bersalaman dengan mereka yang kenal sahaja.. korang carik la hadis tu k..pe pendapat korang?








**credit to this LINK

No comments: